Posts

Showing posts from 2016

Sayonara 2016..!!!

selamat tinggal 2016 terima kasih untuk segalanya yang diberikan untuk tahun ini arigato..!!

Nukilan Ogos

Bulan Merdeka semua orang tahu dah hampir 60 tahun negara kita merdeka tetapi, saban hari minda kita tetap dijajah oleh anasir-anasir luar yang kadang kala merencatkan pembangunan minda kita sehingga kita lupa siapa kita di bumi sendiri terutamanya masyarakat Melayu yang dulunya kaya dengan adat dan budaya yang ibarat pantang dicabar punya prinsip Melayu yang utuh dan jitu kini siapa kita di bumi sendiri bangsa kita, identiti kita kini kita sebagai rakyat Malaysia semakin hari hidup semakin mencabar pemimpin lupa, rakyat menderita segalanya kucar kacir belaka siapa yang harus dipersalahkan? kita? atau pemimpin kita? sehingga kini, aku malas menjawabnya..

TUJUH

semakin dimakan waktu semakin pendek usia semakin dekatkah aku dengan Mu? mana kamu sekarang? apa buatnya? baikkah? jahatkah? mana darjatmu di sisi Nya? di ataskah? di bawahkah? tidakkah kau tahu saat ajal menyapamu kau kan diam kaku nangis tak berlagu apa nasibmu selepas itu? akhiratmu? mizanmu? kuburmu? hisabmu? mahsyarmu? apa kau fikir semua itu? kira ku lihat kamu sekarang jelas kau tidak fikir tentang semua itu.

Degil

aku serabut.. apa terapi diri?! muzik..!! Qur'an tu apa pula? terkedu. termangu. terkesima. gitar jua ku capai.. pasrah saja..

Keliru, Masih..

saban hari aku tertanya-tanya adakah yang membaca apa yang ku cerita? adakah sekadar melepas batok di tangga? apakah mampu tulisan aku menggubah dunia? ke mana hala tujunya? yang pasti.. bila ku terfikir ini pasti ia sedang samar2 entah ke mana pergi apa tujuanku? apa matlamatku? apa sinonimnya kewujudan aku di dunia ini? apakah tiada sebarang erti? apakah Tuhan jadikan aku sekadar aku? siapa aku? aku siapa? siapa kenal aku? siapa aku kau perlu kenal? aku aku aku.. sengsara fikir aku duka fikir aku sesal fikir aku kerna aku pun tidak tahu siapa aku..

Suara Hati Yang Ku Cari..

dia senyap dia sepi dia sendiri tidak bicara lagi ku ternanti-nanti tanpa berbilang hari dia yang ku cari suara hati ke mana kau pergi ke mana kau lari aku sentiasa di sini menunggu hadirmu lagi oh suara hati kini semakin sepi hilang dalam pesona duniawi aku yang tercari-cari hilangnya seri sebuah suara hati aku rindu kamu aku sungguh rindu kamu suara hatiku pendamping jiwaku akan ku cari dirimu wahai suara hatiku

Sekadar Bersahaja

dalam ruangan blog dan twitter aku banyak melampiaskan rasa lebih pada rasa jiwa sebab di situ aku selesa cerita kadang rasa muak mual dan loya kerna asyik bicara tentang cinta dan rasa.. hari ni tetap mahu menulis walaupun idea tak datang menguis tetap jiwa nak tulis sebab aku bicara dengan tulisan jarang sekali dengan percakapan sebab itu banyak rasa ku simpan ditambah pula dengan rahsia yang ku pendamkan lihat dunia aku kini mungkin tak seperti yang ku ingini aku bukan jadi cikgu jauh sekali jadi ulat buku bukan kerja kerajaan temuduga pun tak dipanggil, kesian.. sebab tak lepas minima kelulusan tambah pulak tak pakai 'kabel dalaman' aku bukan jenis begitu nak dapat sesuatu sampai merayu-rayu usaha sendiri cari makan sendiri baru betul jalan mendidik hati lantak orang rayu sana sini mintak kerja baik sampai perjudi diri tapi tak apalah kalau itu kau punya rezeki jangan lupa bersyukur jangan kufur nikmat yang diberi walau cita ku kini tak se...

2016..!!!

nak tulis apa? pasal cinta? pasal rasa? arghhh dah muak.. tiap hari bicara sama benda sama juga jadinya ditolak sebegitu sahaja diendah macam sampah juga entah cinta ini milik siapa milik Tuhan sudah pastinya tapi ingin dikasih manusia itu hanya dunia sahaja entahkan kekal atau sementara dia yang ku sangka cinta tiba2 'indah' bahasa menyapa sedikit terguris itu ada kerna tak semena-mena begitu jadinya apa salahku? apa karenahku? apa khilafku? bicarakanlah.. jangan biar aku termangu duduk kaku buntu.. sedari itu kau ku biar pergi aku sudah tawar hati mahu menangi hati banyak yang sudah ku lakukan tak sedikit kau hargakan kau ku biar kau ku biar kau ku biar pergi..