Sekadar Bersahaja
dalam ruangan blog dan twitter
aku banyak melampiaskan rasa
lebih pada rasa jiwa
sebab di situ aku selesa cerita
kadang rasa muak mual dan loya
kerna asyik bicara tentang cinta dan rasa..
hari ni tetap mahu menulis
walaupun idea tak datang menguis
tetap jiwa nak tulis
sebab aku bicara dengan tulisan
jarang sekali dengan percakapan
sebab itu banyak rasa ku simpan
ditambah pula dengan rahsia yang ku pendamkan
lihat dunia aku kini
mungkin tak seperti yang ku ingini
aku bukan jadi cikgu
jauh sekali jadi ulat buku
bukan kerja kerajaan
temuduga pun tak dipanggil, kesian..
sebab tak lepas minima kelulusan
tambah pulak tak pakai 'kabel dalaman'
aku bukan jenis begitu
nak dapat sesuatu sampai merayu-rayu
usaha sendiri cari makan sendiri
baru betul jalan mendidik hati
lantak orang rayu sana sini
mintak kerja baik sampai perjudi diri
tapi tak apalah kalau itu kau punya rezeki
jangan lupa bersyukur
jangan kufur nikmat yang diberi
walau cita ku kini tak seperti yang ku angankan
aku bersyukur dengan belas ihsan Tuhan
aku cukup makan
cukup sihat tubuh badan
cukup segalanya untuk berjalan
mungkin yang jadi tak seperti kita mahukan
tapi kita tak tahu sebenarnya itu yang terbaik buat kita insan
sebab itu semua ketentuan
rahsia Tuhan istimewa buat kita diberikan
istimewanya kita, sebab hidup dalam perancangan rahsia Tuhan :)
aku banyak melampiaskan rasa
lebih pada rasa jiwa
sebab di situ aku selesa cerita
kadang rasa muak mual dan loya
kerna asyik bicara tentang cinta dan rasa..
hari ni tetap mahu menulis
walaupun idea tak datang menguis
tetap jiwa nak tulis
sebab aku bicara dengan tulisan
jarang sekali dengan percakapan
sebab itu banyak rasa ku simpan
ditambah pula dengan rahsia yang ku pendamkan
lihat dunia aku kini
mungkin tak seperti yang ku ingini
aku bukan jadi cikgu
jauh sekali jadi ulat buku
bukan kerja kerajaan
temuduga pun tak dipanggil, kesian..
sebab tak lepas minima kelulusan
tambah pulak tak pakai 'kabel dalaman'
aku bukan jenis begitu
nak dapat sesuatu sampai merayu-rayu
usaha sendiri cari makan sendiri
baru betul jalan mendidik hati
lantak orang rayu sana sini
mintak kerja baik sampai perjudi diri
tapi tak apalah kalau itu kau punya rezeki
jangan lupa bersyukur
jangan kufur nikmat yang diberi
walau cita ku kini tak seperti yang ku angankan
aku bersyukur dengan belas ihsan Tuhan
aku cukup makan
cukup sihat tubuh badan
cukup segalanya untuk berjalan
mungkin yang jadi tak seperti kita mahukan
tapi kita tak tahu sebenarnya itu yang terbaik buat kita insan
sebab itu semua ketentuan
rahsia Tuhan istimewa buat kita diberikan
istimewanya kita, sebab hidup dalam perancangan rahsia Tuhan :)
Comments
Post a Comment