Posts

Showing posts from September, 2017

Salam Maal Hijrah 1439

                   Peristiwa pertama hijrah yang berlaku, sudah 1439 tahun yang lalu, di mana, berlakunya satu proses transisi atau perpindahan masyarakat Muslim di tanah suci Mekah menuju ke Kota Madinah Al-Munawwarah. Ramai yang mengetahui tentang sejarah ini di mana ia merupakan satau peristiwa besar yang memberikan kesan yang sangat mendalam dan positif untuk perkembangan agama Islam khususnya. Boleh kata, setiap tahun juga, sejarah dan kisah tentang perpindahan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan umat Islam ke Kota Madinah ini, diulang cerita di kesemua masjid-masjid, sekolah-sekolah dan melalui rancangan televisyen. Boleh saya katakan bohonglah, kalau kita kata kita tidak mengetahui langsung tentang kisah hijrah yang berlaku 1439 tahun yang dulu.                    Ironinya kini, hijrah yang diklasifikasikan oleh umat Islam tidak semestinya perlu dilakukan dari Kota Mekah...

" PAUSE "

Apabila menonton cerita, movie dekat laptop or pc ataupun dvd/vd/videotape player (zaman bila daa ni), kalau kita nk g toilet, amik something kt dapur, kita akan tekan butang pause, supaya kita tak tlepas certain part..takut nanti xfaham..i am very sure semua orang penah buat gitu, kan? hehe.. Haa, sebenarnya, button pause ni bukan setakat time tgok movie je..even dlm hidup kau, the real life..pun ada kalanya button pause tu kau akan/kena tekan..mcm aku, aku tak tahu aku pun akan pause.. Just recently lah..bila aku da stress sgt dgn tempat keje aku, walaupun pd luarannya org nmpk kita hepi, tmpat keje best, bole jamming selalu..tapi, bila kau masuk bhgn pengurusan atau management, kau akan tahu la stress nya mcm mana..Tuhan je yg tahu..berurusan dgn org ni, mcm2 hal..tambah pulak kau org tengah antara company dan staff..kau jd tempat org luah masalah, dgn customer lg..aiyyoo..kepala rasa mcm pressure cooker (u can refer my previous post) owh ye, bkenaan dgn pause..actually, hari ...

Pressure Cooker

Perkataan ni, pertama kali aku dengar sewaktu menonton cerita "3 Idiots" yang dilakonkan oleh Aamir Khan. Maka, aku tergerak untuk menggunakan perkataan ini untuk menggambarkan keadaan aku yang sekarang ini. Dek kerana tekanan kerja yang aku hadapi sekarang, sudah 2 hari aku terasa kepala aku seperti span yang menyerap segala air. Kepala aku, otak aku sekarang ini begitulah diumpamakan, sedang menyerap segala tekanan kerja dan politik kerja yang ada di sini, pada ketika ini. Cuma, hari ini tergerak untuk menulis, meluah sambil berkongsi tentang pengalaman hidup aku sendiri. Mana tahu, perkongsian aku ini boleh membantu orang lain atau dijadikan pengajaran dan nilai hidup untuk orang lain kelak. Kalau anda perasan, banyak keluaran yang saya tulis pada bulan Julai lepas, lebih daripada bulan ini dan bulan lepas. Hal ini kerana, dalam bulan Julai tu, memang kesabaran aku dah sampai tahap kemuncak di tempat kerja ini. Serius, aku dah muak, hilang sabar dan sebagainya. Baru aku ...