Diss..
Entah rasa kosong tiba-tiba buatkan aku mahu menulis jari jemari bergerak menari sendiri atas papan kekunci menulis bait-bait yang tidak dirancang menyulam dari hati cuba memberi erti pada mata yang memerhati ingin ku beri informasi yang kini aku dan isteri sedang menanti kehadiran sang putera lahir ke bumi ya, hanya menanti hari menanti hari apa yang ada dalam kepala? kosong dalam hati? kosong dalam jiwa? kosong kosong tanpa apa pasti semua manusia pernah lalu saat ini mata terpaku kepala termangu bibir kaku tersandar aku di situ tak tahu mungkin penat dengan dunia mungkin lelah dengan drama mungkin muak dengan sandiwara orang-orang yang sentiasa membolak-balikkan kuasa yang mereka ada inginkan taat setia tapi memaksa bagai kami hamba inginkan kita ikut semuanya tapi memeras tanpa kami rela bila bersuara, dikatanya durhaka bila diluah rasa, dikata memberontak semua habis tu kami ini apa? hambakah? haiwankah? sapikah? dicucuk hidung me...