Nukilan Ogos

Bulan Merdeka
semua orang tahu
dah hampir 60 tahun negara kita merdeka
tetapi, saban hari
minda kita tetap dijajah
oleh anasir-anasir luar yang kadang kala
merencatkan pembangunan minda kita
sehingga kita lupa
siapa kita di bumi sendiri
terutamanya masyarakat Melayu
yang dulunya kaya dengan adat dan budaya
yang ibarat pantang dicabar
punya prinsip Melayu yang utuh dan jitu

kini
siapa kita di bumi sendiri
bangsa kita, identiti kita
kini kita sebagai rakyat Malaysia
semakin hari hidup semakin mencabar
pemimpin lupa, rakyat menderita
segalanya kucar kacir belaka
siapa yang harus dipersalahkan?
kita?
atau pemimpin kita?
sehingga kini, aku malas menjawabnya..

Comments

Popular posts from this blog

It's been a year..!!!