Diss..

Entah
rasa kosong
tiba-tiba
buatkan aku
mahu menulis
jari jemari bergerak
menari sendiri
atas papan kekunci
menulis bait-bait yang tidak dirancang
menyulam dari hati
cuba memberi erti
pada mata yang memerhati

ingin ku beri informasi

yang kini
aku dan isteri sedang menanti
kehadiran sang putera lahir ke bumi
ya, hanya menanti hari
menanti hari

apa yang ada dalam kepala?

kosong
dalam hati?
kosong
dalam jiwa?
kosong
kosong tanpa apa
pasti semua manusia
pernah lalu saat ini

mata terpaku

kepala termangu
bibir kaku
tersandar aku di situ
tak tahu

mungkin penat dengan dunia

mungkin lelah dengan drama
mungkin muak dengan sandiwara
orang-orang yang sentiasa
membolak-balikkan kuasa yang mereka ada
inginkan taat setia
tapi memaksa bagai kami hamba
inginkan kita ikut semuanya
tapi memeras tanpa kami rela
bila bersuara, dikatanya durhaka
bila diluah rasa, dikata memberontak semua
habis tu kami ini apa?
hambakah?
haiwankah?
sapikah?
dicucuk hidung mengikut segala arah 
ditarik mengikut kehendak kamu saja

salahkah kami

jika kami menegur?
salahkah kami
jika tidak bersetuju?
salahkah kami
jika kami jujur?
mana kemanusiaan kamu?
mana kasihan kamu?
mana belas ihsan kamu?

tidak ku sangka

ada fir'aun
yang masih menghela nafas di dunia

Comments

Popular posts from this blog

It's been a year..!!!