Salam Maal Hijrah 1439
Peristiwa pertama hijrah yang berlaku, sudah 1439 tahun yang lalu, di mana, berlakunya satu proses transisi atau perpindahan masyarakat Muslim di tanah suci Mekah menuju ke Kota Madinah Al-Munawwarah. Ramai yang mengetahui tentang sejarah ini di mana ia merupakan satau peristiwa besar yang memberikan kesan yang sangat mendalam dan positif untuk perkembangan agama Islam khususnya. Boleh kata, setiap tahun juga, sejarah dan kisah tentang perpindahan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan umat Islam ke Kota Madinah ini, diulang cerita di kesemua masjid-masjid, sekolah-sekolah dan melalui rancangan televisyen. Boleh saya katakan bohonglah, kalau kita kata kita tidak mengetahui langsung tentang kisah hijrah yang berlaku 1439 tahun yang dulu.
Ironinya kini, hijrah yang diklasifikasikan oleh umat Islam tidak semestinya perlu dilakukan dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Suatu perubahan tentang sesuatu dalam hidup kita pun sudah dianggap sebagai hijrah. Secara umumnya, masyarakat kita terutama yang berada di Malaysia memang sudah biasa mendengar tentang perkataan hijrah dan perkataan itu sentiasa bermain-main dalam kehidupan kita sehari-hari.
Namun, umum mengetahui tentang perpindahan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan umat Islam ke Kota Madinah. Akan tetapi, harus diingat, proses hijrah yang berlaku ke Kota Madinah bukan hanya satu sahaja. Menurut sejarah ataupun sirah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, ada satu lagi hijrah yang pernah berlaku dulu iaitu Hijrah ke Habsyah atau Tanah Habsyi. Sudah tentu ada perkara-perkara tersirat, nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan untuk kita semua. Saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut tentang kisahnya pada keluaran ini dek kerana saya pun tidak berapa ingat tentang peristiwa hijrah ke Habsyah. Dulu, pernah belajar, sewaktu di bangku sekolah rendah. Al-maklumlah, sudah hampir sepuluh tahun meninggalkan bangku sekolah, tidak apa yang aku belajar dapat aku ingat.
Nak tau tak? Salah satu cara mudah untuk kita ingat peristiwa hijrah nabi, melalui lagu hijrah yang selalu kita dengar kat televisyen, kan?
"Awal Muharam detik permulaan
detik bermulanya Tahun Hijrah
perpindahan Nabi dan umat islam
dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Asas keyakinan dan iman yang teguh
kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
rela berkorban, harta dan nyawa
demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
kita sambut Maal Hijrah
kekalkan semangat tegakkan syiar Islam
untuk sepanjang zaman"
Boleh tonton videonya di sini :)
https://www.youtube.com/watch?v=Yfx86nZI9kM

Comments
Post a Comment