perlu sentiasa bersyukur..
Hidup ni, aku tahu, dan aku pasti ramai yang tahu, hidup ni bukan mudah. Aku pasti, semua pernah rasa susah dalam hidup. Macam2 dugaan dan cabaran yang datang. Mungkin ada juga yang pernah putus asa atau hampir putus asa. Begitu juga aku. Memang tak dapat dinafikan. Akan tetapi, kita kena ingat, putus asa bukan satu-satunya jalan penyelesaian.
Perlu juga diingat, bila kita dah berusaha untuk capai sesuatu, haruslah disertakn sekali dengan doa supaya apa yang kita inginkan, Tuhan akan bantu kita untuk dapatkan. Perkara yang aku sentiasa pegang sejak aku sekolah rendah, Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. Insyaa Allah, apa yang kita inginkan, akan tercapai. Akan tetapi, harus diingat, apabila kita gagal mencapai apa yang kita mahu, tidak bermaksud Tuhan tidak sayang kita. Mungkin, Dia ada sesuatu yang lagi istimewa untuk kita pada masa hadapan ataupun mungkin sekali perkara yang kita mahukan itu sebenarnya tidak sesuai untuk diri kita. Kalau kita dapat pula apa yang kita hajatkan, maka bersyukurlah. Bersyukur dengan setiap kurniaan Tuhan, walaupun sedikit. Ingatlah, jika kita mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan, Dia akan tambah lagi nikmat buat kita.
Walau kita dalam kesusahan sekalipun, seharusnya kita belajar untuk bersyukur. Bersyukur masih lagi diberi nikmat untuk hidup, dalam keadaan iman dan islam, kerna dua2nya adalah antara nikmat paling besar yang dikurnia Tuhan untuk hamba2nya.
Bila kita bersyukur, suatu rasa akan datang dalam diri kita. Rasa yang bukan boleh dibeli dengan wang ringgit, mahupun harta atau emas setinggi gunung. Rasa itulah yang dinamakan ketenangan. Seorang teman pernah berkata padaku. "Tenang itu satu nikmat. Bukan semua orang boleh dapat."
Bersyukurlah, masih lagi bernyawa.

Comments
Post a Comment